suria

10 Maut Dalam Serangan Bom Tangan Di Pawagam Pakistan

PESHAWAR (Pakistan): Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 16 lagi cedera dalam serangan bom tangan di sebuah pawagam di bandar Peshawar, Pakistan pada Selasa.

Insiden itu berlaku di pawagam Shama, yang terkenal sebagai pawagam yang menayangkan filem-filem pornografi di salah satu auditoriumnya.

Kejadian tersebut berlaku selepas 11 hari berlakunya serangan yang seumpamanya di sebuah lagi pawagam di bandar yang sama.

"Setakat ini, kita boleh katakan dua letupan di dalam salah satu dewan di pawagam Shama disebabkan oleh bom tangan," kata pegawai kanan polis, Najib-ur-Rehman kepada AFP.

"Seramai 10 orang terbunuh dan 16 lagi cedera dalam serangan itu." - AFP

Artikel Sebelum

Wanita Hamil Selama 44 Tahun

Artikel Berikut

Artikel Lain