suria

Suspek Kes Bunuh Ahli PolitikTunisia Ditahan

TUNIS: Pihak berkuasa Tunisia pada Sabtu menahan seorang suspek dalam kes pembunuh seorang ahli politik pembangkang negara itu, Mohamed Brahmi, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri.

Mohamed Brahmi dibunuh pada Julai tahun lalu.

"Selepas berlaku kejadian tembak-menembak, empat orang ditahan. Salah seorang daripada mereka adalah Hmed el-Melki, alias 'Somali, yang merupakan salah seorang yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Mohamed Brahmi," kata jurucakap, Mohamed Ali Aroui said.

Penahanan itu dilakukan dekat ibu negara Tunis. - AFP

Artikel Lain