suria

Persiapan Untuk Edisi Terbesar Pameran Udara Singapura Dipertingkat

SINGAPURA: Persiapan untuk edisi keempat pameran udara Singapura, pameran pertahanan dan aero angkasa Asia terbesar dan penting di dunia, semakin rancak.

Mengetengahkan lebih 60 daripada 100 syarikat aeroangksa terkemuka dunia, dan barisan pertunjukan statik dan udara mengagumkan, acara ini sudah sedia untuk memperkukuh kedudukannya sebagai acara yang mesti dihadiri dalam kalendar pertahanan dan aeroangksa dunia.

Pameran Udara Singapura 2014 yang berlangsung dari 11 hingga 16 Februari di Pusat Pameran Changi, meliputi 22 pavalion negara/kumpulan, termasuk pavalion baharu dari Hong Kong dan Malaysia.

Pavalion Hong Kong mengetengahkan peserta pameran seperti China Aircraft Services Ltd, Persatuan Industri Penerbangan Hong Kong dan Topcast.

Pavalion Malaysia pula mengetengahkan syarikat tempatan dan dikelolakan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

Jimmy Lau, Pengarah Urusan Experia Events, penganjur Pameran Udara Singapura berkata : "Pameran Udara Singapura 2014 merupakan pameran terbesar dan menjanjikan pengalaman menarik untuk peserta, perwakilan serta pengunjung.

"Seperti edisi sebelumnya, kami sudah menjual kesemua ruang pameran. Tahun ini bilangan peserta meningkat, termasuk Pilatus, UAC, Airbus, Embraer dan Bombardier, mengisi ruang luar pameran.

"Peserta seperti SAAB, Rolls-Royce dan United Technologies Corporation membina ruang pameran dua tingkat di dalam dewan bagi memaksimumkan ruang lantai.

Bercakap pada sidang media di sini pada Ahad, beliau berkata berdasarkan pertumbuhan trafik penerbangan yang kukuh di rantau ini, Pameran Udara Singapura 2014 akan mengekalkan kedudukannya sebagai platform utama bagi syarikat mengembangkan perniagaan masing-masing di Asia."

Pameranmn udara itu juga mempamerkan jumlah pesawat terbesar.

Tarikan utama ialah Airbus A350XWB, yang pertama kali dipamerkan pada pertunjukan udara antarabangsa. - BERNAMA

Artikel Lain