suria

Puteri Sepanyol Hadapi Tuduhan Mahkamah Dalam Skandal Diraja

MADRID: Seorang hakim akan menyoal anak perempuan bongsu Raja Sepanyol, Juan Carlos Cristina pada Sabtu ini atas dakwaan penipuan dalam skandal rasuah yang menjadi kes bersejarah pertama membabitkan keluarga diraja.

Cristina , 48, kini menghadapi penelitian awam atas tuduhan penipuan cukai dan pengubahan wang haram.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah moden Sepanyol apabila ahli keluarga diraja disaman dan dituduh di mahkamah.

Kes itu dikaitkan dengan perniagaan suami Cristina iaitu bekas pemain bola baling Olimpik, Iñaki Urdangarin , 46.

Beliau disiasat kerana didakwa melakukan penyelewengan dana awam.

Bagimanapun beliau dan Cristina belum dituduh melakukan kesalahan berkenaan.

Kedua-dua mereka menafikan melakukan kesalahan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain