suria

Tiga Dipenjara Bakar 'Lelaki Gay'

MOSCOW: Mahkamah Rusia pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara ke atas tiga lelaki yang membunuh dan membakar seorang lelaki dipercayai seorang gay.

Kesemua lelaki yang yang berasal dari sebuah kampung di daerah Kamchatka di timur Rusia didakwa melakukan kesalahan itu pada May lalu kerana 'yakin bahawa oriestasi seksual songsang bukan amalan yang diterima di daerah mereka', demikian menurut pegawai serantau menerusi kenyataan.

"Dengan mengambil kira peranan setiap mereka dalam kejadian itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun setengah, 10 tahun setengah dan sembilan tahun penjara, kata pendakwaraya.

Mahkamah diberitahu bahawa seorang daripada pesalah bertanggungjawab memasukkan mangsa ke dalam kereta dan dibawa ke sebuah hutan manakala seorang lagi menikam mangsa beberapa kali di bahagian dada.

Sementara itu lelaki ke tiga didapati bersubahat menendang mangsa.

Mangsa yang berusia 29 tahun itu kemudiannya dimasukkan ke dalam kereta dan dibakar.

Ketiga-tiga pesalah berusia 26, 22 dan 18 tahun. AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain