suria

PBB Kritik Israel Roboh Rumah Penduduk Palestin

Aktivis Palestin mengadakan bantahan berikutan tindakan Israel meroboh rumah penduduk di Lembah Jordan, Tebing Barat pada Jumaat.

BAITULMAQDIS: Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi wilayah Palestin mengkritik langkah rejim Israel meroboh 36 buah rumah di Lembah Jordan dan menggesa tindakan di Tebing Barat itu dihentikan.

Perobohan rumah di Ain el-Helwe di Lembah Jordan itu menjadikan 66 orang termasuk 36 kanak-kanak hilang tempat tinggal.

"Saya mengambil berat tentang pencerobohan yang sedang dilakukan serta kerja penyingkiran orang Palentin...jumlah meroboh rumah penduduk juga meningkat kepada dua kali ganda berbanding tahun lalu.

"Aktiviti ini bukan sahaja menafikan hak penduduk Palestin tetapi turut memutuskan mereka dengan perkhidmatan asas seperti utiliti, ia satu tindakan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," kata James Rawley.

Ekoran tiada tempat tinggal, seramai 300 rakyat Palestin bersama aktivis asing terpaksa membina khemah pelarian berhampiran Jericho di Tebing Barat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain