suria

Pembunuh Upahan Tembak Mati Pegawai Tinggi Polis Mesir

KAHERAH: Seorang pegawai tinggi polis berpangkat jeneral yang juga penasihat kepolisian kepada menteri dalam negeri Mesir mati ditembak pada Selasa.

Jeneral Mohamed Saeed meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital akibat kecederaan parah di kepala dan dada.

Dia ditembak dari jarak dekat oleh seorang penunggang motosikal.

Pembunuh itu berjaya melarikan diri.

Artikel Lain