suria

Polis Singapura Nafi Kes Cubaan Culik Kanak-Kanak Di China Town

SINGAPURA: Pihak polis mengesahkan tidak berlaku kes cubaan menculik kanak-kanak di Chinatown seperti yang didakwa theAsianparent dalam artikel atas taliannya.

Dalam satu kenyataan, pihak polis berkata mereka telah menghubungi theAsianparent untuk mengingatkan supaya mengesahkan berita seumpama itu sebelum menyiarkannya dan majalah atas talian itu telah mengeluarkan artikel berkenaan.

Pada Khamis majalah itu (edisi Singapura) melaporkan cubaan menculik seorang kanak-kanak di Chinatown pada hari yang sama, dikatakan berdasarkan mesej kumpulan Mums Whatsapp 2013. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain