suria

Dua Lelaki Dipenjara Kerana Sabotaj Bawa Bahan Bahaya

TAIPEI: Mahkamah di Taiwan pada Rabu menjatuhkan hukuman terhadap dua lelaki yang berkelakuan mencurigakan dengan meletakkan sebuah beg mengandungi petrol dan sejenis bahan kimia beracun di dalam sebuah kereta api serta di pejabat seorang ahli politik, bermotifkan untuk mendapatkan keuntungan daripada tindakan itu.

Dalang kes berprofil tinggi itu hanya dikenali sebagai Hu, 45, dijatuhi hukuman penjara selama 22 tahun kerana cubaan membunuh.

Rakannya Chu, 47, turur didapati bersalah kerana bersubahat dengan Hu dan menerima hukuman penjara selama 12 tahun.

Dalam kejadian pertama, dua beg pakaian dijumpai di dalam kereta api yang dalam perjalanan ke Taipei pada April tahun lalu, menyebabkan seramai 600 penumpang terpaksa dipindahkan.

Beberapa jam kemudian, dua beg pakaian lain dijumpai di di luar pejabat seorang Ahli Parlimen Lu Chia-chen di Bandar Baru Taipei.

Tiada kecederaan berlaku dalam dua kes yang dilaporkan.

Menurut polis, bahan yang terkandung di dalam keempat-empat bag itu adalah petrol, jam, serta bahan-bahan kimia yang boleh menghasilkan bahan beracun.

Artikel Lain