suria

LTA Singapura Akan Siasat Gangguan Perkhidmatan MRT Jejas 19,000 Penumpang

SINGAPURA: Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) akan menjalankan siasatan bebas berikutan gangguan perkhidmatan tren MRT (Mass Rapid Transit) yang menjejas kira-kira 19,000 penumpang pada pagi Isnin.

Dalam satu kenyataan, LTA berkata insiden itu disebabkan oleh kerosakan pada tren yang menghala ke selatan, yang terpaksa ditolak oleh tren di belakangnya ke stesen Ang Mo Kio untuk penumpang turun dengan selamat di platform stesen.

Semasa gangguan tersebut, operator tren, SMRT Corporation, menyediakan perkhidmatan bas sambungan percuma dan pengumuman dibuat di stesen-stesen untuk memberitahu penumpang.

LTA telah mengarahkan SMRT menyediakan laporan penuh berhubung insiden itu termasuk langkah-langkah pemulihan, dan penilaian tentang apa lagi yang boleh dilakukan bagi membantu penumpang menyesuaikan rancangan perjalanan mereka. BERNAMA

Artikel Lain