suria

Ibu Didakwa Berhubung Kematian Budak Lelaki Tiga Tahun

LONDON: Seorang ibu kepada anak lelaki berusia tiga tahun didakwa pada Sabtu kerana mempunyai kematian budak itu, lapor media.

Polis berkata, wanita berusia 33 tahun itu didakwa berikutan penemuan mayat Mikaeel Kular sebelum tengah malam pada Jumaat, beberapa kilometer dari kediamannya di Edinburgh.

Media melaporkan bahawa wanita itu yang merupakan ibu kepada mangsa dikenali sebagai Rosdeep Kular.

Kanak-kanak itu yang berasal dari Asia Selatan dilaporkan hilang dari katilnya pada malam Rabu, menyebabkan pencarian besar-besaran yang melibatkan 200 orang awam.

Mayat yang dipercayai sebagai Mikaeel ditemui di Fife, sebuah bandar di utara ibu negara Scotland itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain