Data Peribadi 20 Juta Orang Di Korea Selatan Dicuri - Dunia | mStar

Data Peribadi 20 Juta Orang Di Korea Selatan Dicuri

SEOUL: Sekurang-kurangnya 20 juta pengguna bank dan kad kredit di Korea Selatan menjadi mangsa apabila data peribadi mereka dicuri, kata pihak berkuasa pada Ahad.

Kebanyakan firma utama di Korea Selatan telah melihat pendedahan data pelanggan sejak beberapa tahun lalu, sama ada menerusi serangan penggodam atau kakitangan mereka sendiri.

Dalam kes terbaru apabila seorang pekerja dari firma penilaian kredit peribadi Biro Kredit Korea (KCB) telah ditahan dan dituduh kerana mencuri data dari para pelanggan dari tiga syarikat kad kredit.

Pihak berkuasa kewangan Seoul pada Ahad mengesahkan bilangan pengguna yang menjadi mangsa iaitu sekurang-kurangnya 20 juta, di kalangan 50 juta pengguna di negara itu.

Menurut Khidmat Penyeliaan Kewangan (FSS) dalam kenyataan berkata, kecurian data itu termasuk nama, nombor sekuriti sosial, nombor telefon, nombor kad kredit dan tarikh tamat tempoh pengguna. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain