suria

28 Cedera Dalam Letupan Pada Himpunan Anti Kerajaan Di Bangkok

BANGKOK: Kejadian beberapa letupan yang berlaku di tengah Bangkok mengakibatkan hampir 30 orang cedera pada Ahad dalam satu himpunan bantahan terhadap kerajaan Thailand, kata pusat kecemasan.

Seramai 28 orang dibawa ke beberapa hospital di sekitar bandar itu, menurut Pusat Kecemasan Erawan.

Penunjuk perasaan berkata, kecederaan itu akibat dua insiden letupan yang berasingan dalam perhimpunan tersebut. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain