suria

Pesawat Tentera German Terhempas, Dua Cedera

Pesawat pejuang tentera German jenis Tornado yang terhempas di Koblenz pada Khamis
Pesawat pejuang tentera German jenis Tornado yang terhempas di Koblenz pada Khamis
Pesawat pejuang tentera German jenis Tornado yang terhempas di Koblenz pada Khamis

BERLIN: Sebuah pesawat pejuang tentera Jerman, jenis Tornado terhempas berhampiran barat Bandar Koblenz menyebabkan dua juruterbangnya mengalami kecederaan pada Khamis.

Akhbar Rhein-Zeitung melaporkan pesawat itu terhempas sekitar jam 9.30 malam selepas berlepas dari pengkalan udara berhampiran.

Bagaimanapun pesawat itu dikesan terhempas di kawasan berbukit yang terletak kira-kira 50 kilometer dari barat Bandar Koblenz.

Polis Koblenz berkata, dalam kejadian tersebut, kedua-dua juruterbang terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.

“Berikutan kemalangan itu, pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di lebuh raya berhampiran kerana terdapat serpihan pesawat.

“Tiada individu lain yang tercedera selain dua juruterbang terbabit," katanya.

Artikel Berikut

13 Maut Dalam Banjir Di Indonesia

Artikel Lain