Wanita Malaysia Maut Dalam Kebakaran Di Singapura - Dunia | mStar

Wanita Malaysia Maut Dalam Kebakaran Di Singapura

SINGAPURA: Seorang wanita rakyat Malaysia antara dua yang maut dalam kebakaran di Marina Bay Suites pada Isnin.

Akhbar Straits Times memetik pihak polis sebagai berkata Sooria Kala Kanaseon, 34, dan lelaki warga Singapura, Sim Lai Huat merupakan pegawai keselamatan di kondominium tersebut.

Kebakaran berlaku selepas 10 malam di Tingkat 65 di kondo sebanyak 221 unit itu yang kebanyakannya masih belum diduduki.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura berkata pasukan bomba dan penyelamatnya menghadapi asap tebal dan bahang panas kuat untuk menaiki ke tingkat tersebut.

Mereka dapati kawasan lobi lif di tingkat tersebut terbakar dan menemui dua mayat hangus di dalam lif.

Punca kebakaran masih disiasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Serangan Bom Di Kaherah, Tiada Mangsa Cedera

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain