suria

Penunjuk Perasaan Lancar 'Tutup Bangkok', Desak Yingluck Letak Jawatan

Peserta perhimpunan berarak di sekitar pusat bandar bagi mendesak Yingluck supaya meletak jawatan.
Peserta perhimpunan berarak di sekitar pusat bandar bagi mendesak Yingluck supaya meletak jawatan.
Peserta perhimpunan berarak di sekitar pusat bandar bagi mendesak Yingluck supaya meletak jawatan.

BANGKOK: Penunjuk perasaan antikerajaan melancarkan perhimpunan 'tutup Bangkok' di ibu negara pada Isnin dalam kempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

Peserta perhimpunan itu mendesak Yingluck meletak jawatan bagi memberi laluan kepada kerajaan yang dilantik bagi menyelia reformasi pilihan raya untuk membendung dominasi politik oleh keluarga Perdana Menteri tersebut menangani budaya politik wang yang semakin berleluasa.

Ribuan penunjuk perasaan mengibarkan bendera sambil memakai baju-T dengan slogan “Tutup Bangkok”, dan berkumpul di lokasi utama sekitar bandar raya, termasuk di luar pusat membeli belah yang dibakar ketika pergolakan politik pada 2010.

“Kami akan berjuang tanpa mengira sama ada kita menang atau kalah. Kita tidak boleh berkompromi atau menerima rundingan,” kata ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban kepada orang ramai di perhimpunan berkenaan.

Beliau yang juga ahli politik pembangkang, mengetuai perarakan di sekitar pusat bandar pada Isnin.

Namun, masih belum jelas berapa banyak sokongan penduduk bandar yang diperolehinya.

"Sudah semestinya, ia memberi kesan kepada saya - saya amat tertekan.

"Tiada pelanggan datang ke kedai saya kerana pelanggan tetap saya tidak boleh sampai ke sini disebabkan perhimpunan tersebut," kata pemilik sebuah kedai gunting rambut, Tong, 69.

Pihak berkuasa berkata, mereka bersedia untuk mengisytiharkan darurat di negara itu sekiranya timbul pergolakan terbaharu dan kira-kira 20,000 polis dan askar ditempatkan untuk mengawal keselamatan orang awam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain