suria

Haiti Memperingati 250,000 Mangsa Korban Gempa Bumi

PORT-AU-PRINCE: Selepas empat tahun Haiti dilanda gempa bumi yang mengorbankan ramai nyawa, negara tersebut masih bergelut untuk pulih daripada kemusnahan yang telah mengorbankan seramai 250,000 nyawa.

Bagi memperingati kejadian itu, penduduk di negara itu telah tampil dengan pakaian serba putih di hadapan gereja untuk bersama-sama mengenang mangsa terkorban pada 12 Januari 2010 itu.

Kejadian itu telah mengakibatkan lebih sejuta penduduk hilang tempat tinggal dan ada di antara mereka terpaksa hidup di pusat perlindungan sementara yang disediakan oleh Badan Bukan Kebajikan (NGO).

Bagaimanapun penduduk mula merungut apabila bantuan mula berkurangan sejak NGO tidak lagi menghulurkan bantuan.

Presiden Michel Martelly yang menerima kecaman teruk daripada penduduk Haiti telah mengistiharkan tarikh tersebut sebagai 'Hari Peringatan' kepada mangsa kejadian itu.

Beliau turut meluangkan masa untuk meletakkan bunga di atas kubur mangsa terkorban bagi memperingati mereka. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain