suria

Penunjuk Perasaan Mula Bergerak Untuk Berhimpun Di Bangkok

BANGKOK: Penunjuk perasaan anti-kerajaan Thailand di Bangkok mula bergerak pada Ahad, sehari lebih awal daripada rancangan mereka untuk 'menutup' bandaraya itu bagi mereka meningkatkan usaha menjatuhkan kerajaan dan menghentikan pilihan raya akan datang.

Negara yang penuh dengan pergolakan politik itu berdepan perhimpunan pembangkang sejak beberapa minggu lalu sebagai bantahan terhadap Perdana Menteri Yingluck Shinawatra yang juga merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin, yang memanggil kerajaan mengadakan pilihan raya 2 Februari.

Penunjuk perasaan yang berikrar untuk mengganggu hari pengundian mula bersiap sedia dari segi kedudukan dan peralatan di tapak perhimpunan utama di Bangkok untuk bergerak ke tujuh lokasi di seluruh bandar pada Isnin dalam usaha menghalang laluan dan pengangkutan masuk ke bandar itu.

"Kami berharap semuanya akan berubah dengan cara yang baik esok. Perubahan yang kami mahu lihat ialah kerajaan ini menghentikan rasuah atau mereka perlu meletak jawatan," kata seorang penunjuk perasaan, Komol.

Penunjuk perasaan mahu 'ahli majlis untuk rakyat' dilantik untuk mentadbir negara dan menyelia reformasi pilihan raya sebelum pilihan raya baru diadakan dalam tempoh setahun atau 18 bulan.

Artikel Lain