suria

Rumah Agam Jadi Sarang Nyamuk, Penjenayah Diarah Roboh

PANAMA CITY: Sekumpulan pekerja mula merobohkan rumah agam yang dimiliki oleh seorang diktator yang dipenjarakan, Manuel Noriega dan anak perempuannya pada Khamis selepas diarahkan oleh pihak berkuasa Panama kerana ia menjadi sarang pembiakan nyamuk dan tempat penjenayah bersembunyi.

Pekerja menggunakan mesin penyodok untuk memecahkan bumbung dan dinding kedua-dua rumah agam yang terletak bersebelahan di kawasan kejiran eksklusif Altos del Golfo di luar ibu negara itu.

Sisa-sisa runtuhan itu dimuakan dalam dua trak buangan oleh pekerja Kerja Raya.

"Ini adalah fokus dalam menangani isu pembiakan nyamuk dan tempat penjenayah bersembunyi," kata Jaime Cohen, seorang penasihat presiden yang berkata bahawa kerja-kerja runtuhan akan mengambil masa beberapa hari.

Rumah Noriega bernilai AS$1.2 juta manakala rumah anak perempuannya Sandra bernilai AS$500,000. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain