suria

Presiden, PM Republik Afrika Tengah Letak Jawatan

Michel Djotodia. Foto AFP
Michel Djotodia. Foto AFP
Michel Djotodia. Foto AFP

N'DJAMENA: Presiden Republik Afrika Tengah, Michel Djotodia meletakkan jawatan, perkara itu diumumkan oleh satu kumpulan serantau pada Jumaat selepas didesak atas kegagalan beliau menangani keganasan sektrian yang mengorbankan banyak nyawa.

Perdana Menteri negara itu, Nicolas Tiengaye turut mengumumkan perletakan jawatannya.

Menurut satu kenyataan dari negara jiran Chad, para pemimpin Komuniti Ekonomi Negara-Negara Afrika Tengah (ECCAS) dimaklumkan mengenai perletakan jawatan Djotodia dan Nicolas Tiengaye. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain