suria

Sembilan Terbunuh, Kebakaran Kereta Api Dekat Mumbai

MUMBAI: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam kejadian kebakaran sebuah kereta api pada awal pagi Rabu, hanya seminggu selepas 26 orang terkorban dalam satu kejadian kebakaran kereta api di tenggara India.

Kebakaran berlaku di tiga gerabak kereta api yang sedang dalam perjalanan dari Mumbai ke utara menghala Dehradun.

Ia menyebabkan api marak dan asap memenuhi dalam gerabak di mana para penumpang ketika itu sedang tidur.

"Kesemua penumpang telah dipindahkan. Pada masa ini, kita tidak dapat mengenal pasti punca kebakaran itu," kata pegawai kanan kereta api itu, Sharat Chandryan kepada saluran berita CNN-IBN. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain