suria

Sekolah Di Kawasan Dilanda Taufan Haiyan Dibuka Semula

TACLOBAN (Filipina): Semua sekolah di kawasan terjejas teruk akibat Taufan Haiyan di Filipina yang mengorbankan ribuan nyawa sejak dua bulan lalu kini dibuka semula.

Sesi persekolahan penuh sesak dengan para pelajar yang sebahagian besarnya masih trauma di atas tragedi yang berlaku.

Segelintir ibu bapa enggan untuk meninggalkan kawasan persekolahan seperti yang diminta oleh guru-guru bagi memudahkan para pelajar menyambung sesi pembelajaran.

"Hanya kira-kira 50 peratus iaitu hampir 1,000 murid yang datang kembali ke sekolah kami," kata guru besa, Maria Evelun Encina di sebuah perkampungan tepi pantai San Roque dekat bandar Tacloban, yang dilanda ombak besar seperti Tsunami ekoran Taufan Haiyan.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya sembilan pelajar merupakan antara yang terbunuh, walaupun nasib kebanyakan pelajar dan keluarga yang lain masih tidak diketahui. - AFP

Artikel Lain