suria

Bekas PM Singapura Terima Anugerah Kehormat Daripada Presiden Rusia

SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dianugerahi 'Order of Honour' oleh Presiden Rusia Vladimir Putin atas sumbangan beliau dalam memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Singapura dan Rusia.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Singapura, Lee dianugerah pada 10 Sept lepas namun penyampaiannya berlangsung di sini Isnin.

Anugerah itu disampaikan oleh Duta Rusia ke Singapura Leonid Moiseev kepada Lee dalam satu majlis di Istana, kata kenyataan tersebut.

Anugerah itu juga bersempena ulang tahun ke-90 Lee. - BERNAMA

Artikel Lain