suria

Duta Palestin Ke Republik Czech Terbunuh

PRAGUE: Duta Palestin ke Republik Czech terbunuh selepas berlakunya letupan di kediamannya di sini, Rabu.

Jamal al-Jamal, 56, mengalami kecederaan serius dalam letupan tersebut.

Letupan itu dipercayai berlaku selepas Jamal cuba membuka peti keselamatan yang baru dipindahkan ke rumahnya.

Beliau dikejarkan ke hospital tentera di Prague selepas tidak sedarkan diri.

Polis kemudiannya mengesahkan beliau telah meninggal dunia.

"Bukti yang ada pada polis tidak menunjukkan ia berpunca daripada serangan pengganas atau individu tertentu mencipta sistem baru dengan niat untuk mencederakan atau membunuh sesiapa," kata jurucakap polis, Andrea Zoulova.

Pakar bedah di hospital tentera Prague, Daniel Langer, memberitahu stesen televisyen tempatan bahawa Jamal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, perut dan dada akibat letupan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain