Puting Beliung Christine Menghala Ke Barat Australia - Dunia | mStar

Puting Beliung Christine Menghala Ke Barat Australia

SYDNEY: Puting beliung kuat dengan angin selaju lebih 200 kilometer sejam dijangka membadai pesisiran pantai barat Australia pada Isnin, menyebabkan operasi kegiatan perlombongan bijih besi terpaksa ditutup.

Amaran tahap merah itu dikeluarkan bagi kawasan Pelabuhan Hedland dan Selatan Hedland di barat Australia yang kaya dengan sumber galian itu.

Puting beliung Christine yang diletakkan dalam kategori tiga itu dijangka membadai kawasan pesisir pantai dan penduduk-penduduk yang tinggal dikawasan berdekatan dinasihati agar bejaga-jaga.

"Puting beliung itu sangat kuat," kata jurucakap Pusat Amaran Puting Beliung Perth, Neil Bennett.

Artikel Berikut

Tujuh Mati Lemas Ketika Mandi-Manda Di Laut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"