suria

Pelajar Pengurusan Hotel India Akan Jalani Latihan Amali Di Malaysia

NEW DELHI: Lima belas pelajar dari institut pengurusan hotel India akan menjalani program latihan amali di Malaysia.

Para pelajar itu, dari institut Suryadatta Group, di Pune akan melakukan latihan amali mereka di hotel bertaraf empat atau lima bintang, menurut laporan Times of India.

Menurut akhbar bahasa Inggeris itu, pelajar berkenaan dipilih selepas dua kali sesi temu duga dan mereka dihakimi berdasarkan kemahiran komunikasi, pengetahuan teknikal dan keperibadian mereka.

Sekumpulan pelajar dari institut itu telah pun mengadakan latihan amali di Singapura dan Jerman sebelum ini, menurut laporan itu.

Latihan amali itu telah memberikan mereka peluang melalui pengalaman dan pengetahuan berharga mengenai sistem hospitaliti antarabangsa serta peluang untuk berinteraksi dengan para tetamu hotel dari seluruh dunia, katanya.

Latihan amali dan latihan industri merupakan sebahagian penting kurikulum pengurusan hotel apabila pelajar berpeluang mengutip pengalaman dalam industri hospitaliti yang membolehkan mereka mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh di dalam kelas dengan sistem, standard dan amalan yang digunakan dalam industri itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain