suria

Pesawat British Airways Rempuh Bangunan Pejabat

Sayap kanan pesawat British Airways merempuh tepi bangunan pejabat ketika mahu berlepas ke London. Foto new.sky.com

JOHANNESBURG: Sebuah pesawat British Airways merempuh tepi bangunan pejabat di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo di sini ketika mahu berlepas pada Ahad, menyebabkan empat cedera, kata pegawai penerbangan.

Pesawat Boeing 747-400 bagi penerbangan ke Lapangan Heathrow London itu sedang melalui laluan kapal terbang tetapi terlalu sempit untuk pesawat itu, kata jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Afrika Selatan (CAA), Phindiwe Gwebu pada Isnin.

"Keadaan itu menyebabkan sayap kanan pesawat merempuh bangunan pejabat," katanya kepada AFP.

"Pusat kawalan memberitahu mereka untuk menggunakan satu lagi laluan kapal terbang yang tetapi mereka menggunakan laluan yang salah," kata Gwebu.

Menurut CAA, seramai empat orang di dalam bangunan itu cedera, tetapi 185 penumpang dan 17 kru tidak mengalami sebarang kecederaan. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain