suria

Mahkamah Mesir Penjara Aktivis Anti-Mubarak

KAHERAH: Mahkamah Mesir pada Ahad menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara terhadap tiga aktivis yang mengetuai pemberontakan menentang Hosni Mubarak dengan menganjurkan bantahan tanpa permit pada 2011, menurut sumber-sumber perundangan.

Perintah mahkamah ini adalah keputusan yang pertama terhadap penunjuk perasaan bukan Islam sejak penyingkiran Presiden Mohamed Morsi pada Julai.

Ahmed Maher, Ahmed Douma dan Mohamed Adel juga didapati bersalah atas rusuhan dan menyerang pasukan keselamatan semasa protes yang tidak dibenarkan pada bulan lepas, kata sumber.

Ketiga-tiga mereka telah didenda 50,000 pound Mesir (AS$7,100) setiap seorang.

Artikel Berikut

Artikel Lain