suria

Lima Hilang Dalam Kejadian Tongkang Karam Di Perairan Singapura

SINGAPURA: Lima orang dikhuatiri hilang selepas sebuah tongkang karam di perairan Singapura kira-kira tiga batu nautika di barat Rumah Api Horsburgh pada Khamis.

Dalam kenyataannya, Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata pada kira-kira 8 pagi (waktu tempatan) Khamis, pihaknya menerima laporan sebuah rakit keselamatan bersama beberapa orang dilihat di barat daya Rumah Api Horsburgh.

Enam anak kapal kemudian diselamatkan sebuah bot peronda Polis Pengawal Pantai.

Dalam laporan mereka, anak kapal yang diselamatkan itu berkata lima orang lagi hilang dan sebelum kejadian, mereka menaiki tongkang Heng Hong 168.

MPA sedang menyelaras operasi mencari dan menyelamat dari udara dan laut.

Ia juga menggunakan khidmat penyelam komersial untuk membantu operasi itu.

Punca kejadian sedang disiasat, kata MPA. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain