suria

Lebih 80 Orang Cedera Siling Teater Runtuh Di London

LONDON: Kira-kira 90 orang mengalami kecederaan apabila siling teater yang penuh dengan penonton tiba-tiba runtuh ketika satu persembahan, malam Khamis.

Penonton ditimpa batu dan serpihan siling ketika kejadian di Apollo Theatre ketika kira-kira 720 termasuk ramai keluarga sedang menonton persembahan popular "The Curious Incident of the Dog in the Night-Time".

"Sebahagian siling teater ini runtuh dan menimpa penonton yang sedang menonton persembahan. Siling itu menyebabkan kerosakan kepada sebahagian balkoni," kata jurucakap Jabatan Bomba London, Nick Harding.

Katanya, kira-kira 88 mengalami kecederaan, ramai di bahagian kepala dan tujuh dibawa ke hospital akibat kecederaan serius.

Sementara itu, polis berkata, mereka tidak memastikan sekiranya berlaku kematian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain