suria

Pemberontak Disyaki Bunuh Anggota Tentera India

SRINAGAR: Seorang anggota tentera yang sedang bertugas mengawal lebuh raya di Kashmir di sini maut manakala seorang lagi cedera setelah ditembak oleh pemberontak.

Jurucakap tentera, Kishore Prasad berkata, suspek terus melarikan diri sejurus melepaskan tembakan ke arah anggota tentera berkenaan.

Berikutan kejadian itu, polis dan tentera telah mengepung kawasan tersebut dan melancarkan operasi memburu kumpulan pemberontak yang melancarkan serangan itu. -AFP

Artikel Lain