suria

Malaysia Mahu Krisis Di Thailand Diselesai Secara Baik

BANGKOK: Malaysia sebagai rakan Thailand mahu melihat negara itu mencapai penyelesaian baik kepada krisis politiknya dan ia terus kukuh.

Malaysia juga tidak berhasrat untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman jirannya itu, kata Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain selepas menghadiri taklimat mengenai situasi semasa di Thailand di Kementerian Luar Thai di sini Khamis.

Taklimat 15 minit itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Sementara Thailand, Surapong Tovichakchaikul yang tidak meminta negara Asean supaya memihak mana-mana pihak tetapi menyokong proses demokrasi di Thailand, kata Nazirah.

Thailand akan mengadakan pilihan raya umum pada 2 Feb tahun depan berikutan pembubaran Parlimennya pada 9 Dis lalu.

Nazirah berkata Surapong memberitahu bahawa pentadbiran sekarang di bawah Perdana Menteri Yingluck Shinawatra adalah sah dan kekal sebagai kerajaan sementara yang akan memastikan pilihan raya yang bakal diadakan adalah sah dan adil. - BERNAMA

Artikel Lain