suria

Rusuhan Di Singapura: Tiga Lagi Warga India Didakwa Di Mahkamah

SINGAPURA: Tiga lagi warga India akan didakwa di mahkamah pada Rabu berhubung insiden rusuhan di Little India.

Menurut polis Singapura, mereka akan didakwa atas kesalahan merusuh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Dalam laman Facebook polis republik itu, ketiga-tiganya adalah antara lapan warga India yang ditangkap pada Rabu pagi berhubung rusuhan itu.

Baki lima lagi warga terbabit, seorang daripada mereka dibebaskan atas jaminan berikutan siasatan menunjukkan empat yang lain tidak terbabit dalam insiden itu. Mereka dibebaskan daripada tahanan polis.

Rusuhan meletus pada Ahad malam berikutan kemalangan maut melibatkan seorang warga India berumur 33 tahun di Little India. - BERNAMA

Artikel Lain