suria

Nigeria Tutup Lapangan Terbang Abuja Selepas Pesawat Terpesong Dari Landasan

ABUJA: Lapangan Terbang Abuja di Nigeria telah ditutup sejak malam Rabu selepas pesawat kargo Arab Saudi terpesong dari landasan, menurut kementerian penerbangan, Khamis.

Pesawat itu terpesong di landasan pada lewat hari Rabu tetapi tidak ada yang tercedera, kata jurucakap kementerian Joe Obi, tanpa menamakan syarikat yang mengendalikan pesawat.

"Operasi mengeluarkan pesawat ke jarak yang selamat dari landasan sedang dijalankan. Kami berharap untuk menyambung semula operasi seperti biasa pada akhir hari ini," kata Obi melalui telefon.

Pesawat yang terbang ke Abuja, pusat pentadbiran Nigeria, termasuklah British Airways, Lufthansa, Air France, EgyptAir dan Ethiopian Airlines.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bangkok Kembali Aman

Artikel Lain