suria

Syarikat Penerbitan British Beli Firma Bahasa Terkemuka Brazil

LONDON: Penerbit British, Pearson, yang merupakan pemilik akhbar Financial Times, pada Selasa telah bersetuju untuk membeli Grupo Multi, sebuah firma latihan bahasa Inggeris orang dewasa yang terkemuka di Brazil.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan membayar 440 juta (AS$721 juta, 532 juta euro) dalam bentuk wang tunai untuk memperoleh Grupo Multi daripada keluarga Martins dan firma pelaburan Kinea.

Pearson juga akan menanggung hutang AS$65 juta.

Grupo Multi adalah pembekal bahasa kepada sekolah swasta di Brazil secara francais dan menawarkan khidmat kepada lebih 800,000 pelajar di lebih dari 2,600 sekolah.

Bidang utamanya ialah menyampaikan kursus Bahasa Inggeris.

"Pengambilalihan ini menyokong strategi Pearson bagi memberi tumpuan pelaburan dalam perkembangan pesat ekonomi, perniagaan digital dan perkhidmatan," tambah Pearson dalam kenyataan itu.

"Kekurangan penceramah Bahasa Inggeris di sektor-sektor utama termasuk pelancongan, pengangkutan dan hospitaliti adalah dianggap sebagai salah satu cabaran untuk Brazil kerana ia bersedia untuk menjadi tuan rumah acara global berprofil tinggi termasuk Piala Dunia dan Sukan Olimpik."

Artikel Berikut

Artikel Lain