suria

China Nafi Sengaja Sekat Wartawan Bloomberg

BEIJING: Beijing, pada Selasa menafikan menjadikan agensi berita Bloomberg sebagai sasaran apabila menyekat salah seorang pemberitanya pada majlis bersama dengan Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Perdana Menteri China Li Keqiang.

Laman web Bloomberg telah disekat di China kerana laporannya pada tahun lepas tentang kekayaan keluarga Presiden Xi Jinping dan baru-baru ini telah terlibat dalam artikel kontroversi mengenai hartawan yang dikaitkan dengan tokoh-tokoh kanan Komunis.

Wartawan Bloomberg, Robert Hutton yang berpangkalan di United Kingdom merupakan sebahagian daripada rombongan yang mengiringi Cameron dalam lawatannya ke China, telah diberitahu pada saat-saat akhir bahawa dia tidak dibenarkan hadir sidang media bersama Cameron -Li pada Isnin kerana pegawai-pegawai percaya penyertaannya "tidak sesuai", menurut beberapa laporan.

Cameron kemudiannya secara peribadi membangkitkan perkara itu selepas makan malam dengan Xi, akhbar Guardian melaporkan.

"Apabila mendengar apa yang telah berlaku hari ini kita melahirkan kebimbangan mendalam terhadap tindakan pegawai kanan China yang menyekat wartawan," tambah kenyataan itu.

Kementerian Luar China menafikan bahawa Bloomberg telah dijadikan sasaran dengan sengaja.

"Sidang akhbar berkaitan hendaklah terlebih dahulu memenuhi keperluan para wartawan dari China dan United Kingdom," kata jurucakap Hong Lei pada satu taklimat.

"Berdasarkan itu, kami cuba yang terbaik untuk memenuhi keperluan wartawan lain, kerana kawasan di sana adalah terhad dan persiapan yang kita buat adalah mengikut kehendak tertentu dan tidak berbeza daripada sebelum ini," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain