suria

Negara Kuasa Luar Setuju Perjanjian Nuklear Iran

GENEVA: Negara kuasa dunia mencapai persetujuan dengan Iran berhubung program nukluar, kata ketua perunding, Catherine Ashton dan Menteri Luar Iran, pada Ahad.

“Kami sudah capai perjanjian antara E3+3 dan Iran,” kata jurucakap Ashton, Michael Mann yang dipetik dari akaun Twitter. Bagaimanapun, beliau tidak lagi membeli sebarang perincian mengenai perkara itu.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif pula hanya berkata: “Kami sudah capai persetujuan."

Pengumuman itu dibuat selepas lebih empat hari rundingan di Geneva antara Iran dan Amerika Syarikat, China, Russia, Britain, Perancis, dan Jerman yang dipengerusikan oleh Ashton, yang juga diplomat tertinggi Kesatuan Eropah (EU).

Rundingan itu bermatlamat supaya Iran dapat mengkaji semula sebahagian program nuklearnya selepas sekian lama tertekan akibat dikenakan sekatan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Negara Barat.

Ia adalah perbincangan ketiga di Geneva sejak Hassan Rouhani menjadi Presiden Iran pada Ogos lalu.

Beberapa pihak di Iran berharap sekatan itu ditamatkan sejak berdekad lalu berikutan isu program nuklear yang dibangunkan Iran.

Beberapa usaha diplomat gagal sejak lebih 10 tahun lalu untuk memujuk Iran agar menghentikan program nuklearnya selepas Tehran menegaskan ia untuk tujuan keamanan.

Namun, Negara Barat mengesyaki program nuklear Iran itu bertujuan untuk membuat senjata atom. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain