suria

Kereta Menteri Di Syria Ditembak, Pemandu Terbunuh

DAMSYIK: Sekumpulan lelaki bersenjata pada Sabtu melepaskan tembakan ke arah kereta menteri kerajaan Syria, menyebabkan pemandunya terbunuh manakala menteri, yang menjadi sasaran terselamat kerana tidak berada di dalam kereta, lapor stesen televisyen negeri.

"Menteri Perdamaian Negara Ali Haidar terselamat dalam percubaan pembunuhan di jalan Masyaf - Qadmus dan pemandunya terbunuh, " menurut stesen televisyen dalam berita tergempar.

Ali tidak berada di dalam kereta ketika tembakan dilakukan, tambahnya.

Masyaf terletak di pusat wilayah Hama, manakala Qadmus terletak di wilayah pantai Tartus.

Ali, ketua Parti Nasionalis Sosial, dilantik sebagai menteri untuk perdamaian kebangsaan oleh Presiden Bashar al-Assad pada Jun 2012.

Artikel Berikut

Artikel Lain