suria

Pengebom Berani Mati Bunuh 30 Orang di Iraq

BAQUBA: Sebuah kereta yang membawa bahan peledak meletup di sebuah pasar makanan di utara Baghdad, mengakibatkan 30 orang terkorban.

Kejadian itu berlaku sehari selepas peristiwa keganasan di seluruh negara termasuk serangan pengebom berani mati di ibu negara yang membunuh 59 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain.

Serangan terbaharu itu berlaku pada pukul 0900 GMT (5 petang waktu Malaysia) berhampiran sebuah kedai minuman di pasar makanan di bandar Saadiyah, wilayah bergolak Diyala yang didiami oleh penduduk etnik campuran.

Menurut polis dan doktor, sekurang-kurangnya 30 orang terkorban dan 40 lagi mengalami kecederaan dalam letupan itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain