suria

Jumlah Penumpang Lapangan Terbang Changi Naik 3.2 Peratus Pada Oktober

SINGAPURA: Pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Changi meningkat 3.2 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 4.41 juta penumpang pada Oktober 2013.

Dari satu kenyataan, Changi Airport Group berkata pendaratan dan pelepasan pesawat juga naik 6.7 peratus kepada 29,500.

Dari segi pergerakan kargo udara pula, Lapangan Terbang Changi mengendalikan 157,400 tan kargo, pertambahan 1.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah penumpang ke Timur Laut Asia, Asia Tenggara dan Timur Tengah bertambah pada 10 bulan pertama tahun ini, katanya.

Antara 10 pasaran negara utama Lapangan Terbang Changi, Indonesia, Jepun dan Malaysia mencatatkan pertumbuhan trafik dua angka untuk bulan berkenaan.

Berdasarkan pertumbuhan tahunan, pergerakan penumpang dan pesawat masing-masing meningkat kepada 53.4 juta, tambah 6.2 peratus dan 339,900 (meningkat 5.6 peratus).

Pergerakan kargo udara adalah stabil pada 1.85 juta tan untuk jangka masa 12 bulan. Setakat 1 November, 2013, lebih 100 syarikat penerbangan menghubungkan Singapura dengan 270 bandar raya di kira-kira 60 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Dengan lebih 6,8000 penerbangan berjadual seminggu, sebuah pesawat mendarat atau berlepas dari Changi setiap 90 saat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

16 Cedera Rusuhan di Mesir

Artikel Lain