suria

Madonna, Selebriti Berpendapatan Paling Tinggi

Madonna
Madonna
Madonna

NEW YORK CITY: Majalah bisnes Forbes menyenaraikan Madonna sebagai penyanyi berpendapatan paling tinggi di dunia, dengan menganggarkan pendapatan beliau berjumlah AS$125 juta (RM396.67 juta) sehingga Jun lalu.

Hasil jualan tiket konsert dan rangkaian produk serta barangan berkaitan bintang dunia itu meletakkannya jauh ke depan meninggalkan Lady Gaga yang memperoleh pendapatan sebanyak AS$80 juta (RM253.9 juta).

Pemuzik rock veteran, Bon Jovi berada di tangga ketiga dengan nilai pendapatan berjumlah AS$79 juta (RM250.8 juta), diikuti Toby Keith AS$65 juta (RM206.4 juta) dan kumpulan Coldplay AS$64 juta (RM203.2 juta). - AFP

Artikel Sebelum

Taufan Helen Bergerak ke India

Artikel Berikut

Artikel Lain