suria

PBB: Taufan Haiyan Ragut 4,460 Nyawa

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan Taufan Haiyan yang membadai Filipina, Jumaat lalu telah meragut 4,460 nyawa.

Jumlah itu disahkan oleh agensi kerajaan negara itu.

Pegawai Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB yang mengeluarkan angka itu berkata, ia diperoleh daripada sumber Jabatan Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat Filipina.

PBB berkata, setakat ini 920,000 orang berjaya diselamatkan.

Taufan yang paling ganas itu menyebabkan lebih 11.8 juta penduduk terjejas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain