suria

Taufan Haiyan: PBB Rayu Derma Antarabangsa AS$300 Juta

MANILA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan rayuan derma antarabangsa lebih AS$300 juta untuk bantuan mangsa Taufan Haiyan di Filipina yang teruk terjejas dengan puluhan ribu mangsa terkorban.

Lima hari selepas Haiyang mengganas sehingga dianggap seperti bencana tsunami, penduduk di kawasan yang teruk terjejas masih memerlukan pelbagai bantuan kecemasan dan kemanusiaan.

Pengarah Kemanusiaan PBB, Valerie Amos memberitahu wartawan di Manila, bantuan wang itu diperlukan untuk menyedia dan menghantar segera bahan makanan, perlindungan, ubat-ubatan, sistem pembuangan najis dan kerja membersihkan sisa runtuhan dan melindungi barangan berharga mangsa.

Amos merayu kepada komuniti antarabangsa supaya memberi reaksi segera kesulitan yang dialami mangsa Haiyan sejak taufan paling ganas itu membadai Filipina, Jumaat lalu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain