suria

Mahkamah Perintah Tamatkan Darurat di Mesir

KAHERAH: Mahkamah Mesir pada Rabu memerintahkan supaya darurat selama tiga bulan di negara itu ditamatkan, iaitu dua hari lebih awal daripada tempoh sepatutnya.

Kabinet Mesir berkata, perintah itu akan dipatuhi tetapi masih menunggu arahan rasmi dari makhamah sebelum menguat kuasakannya. Perintah Darurat disusuli perintah berkurung pada sebelah malam dijadual tamat pada Khamis ini.

Presiden Sementara Mesir, Adly Mansour mengisytiharkan darurat di seluruh Mesir pada 14 Ogos lalu selepas penunjuk perasaan membabitkan dua kumpulan besar di Kaherah yang menyokong dan menentang penggulingan Presiden Mohamed Morsi bertempur dan menyaksikan ribuan terbunuh. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain