suria

Taufan Haiyan: 10,000 Maut di Filipina - PBB

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran agar pengiraan angka kematian akibat Taufan Haiyang yang melanda Filipina segera dilakukan selepas kira-kira 10,000 orang dikhuatiri maut hanya di Bandar Tacloban saja.

Pegawai kemanusiaan tertinggi PBB berkata, PBB menjangkakan jumlah kematian itu lebih tinggi lagi apabila pengiraan tepat dilakukan selain perlunya bekalan air minuman bersih dan makanan untuk disampaikan segera kepada mangsa yang terselamat.

Pengarah Operasi Kemanusiaan PBB, John Ging, berkata lebih 660,000 meninggalkan kediaman kerana Taufan Haiyan dan PBB akan menyalurkan bantuan kemanusiaan antarabangsa yang diperlukan kepada mangsa mulai hari ini.

“Keadaan kemusnahan adalah teruk sekali dan justeru itu kita perlu menggerakan jentera bantuan dalam skala yang besar," katanya yang menyifatkan reaksi kerajaan Filipina terhadap bencana itu amat mengagumkan setakat ini. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain