suria

Fail Rekod Perubatan Marilyn Monroe Dilelong AS$25,600

LOS ANGELES: Fail perubatan yang mengesahkan bintang Hollywood, Marilyn Monroe menjalani pembedahan kosmetik, dijual AS$25,600 dalam satu lelongan di California, hujung minggu lalu.

Lelongan itu dianjurkan di Beverly Hills oleh firma pelolong Julien, membabitkan pelbagai barangan peribadi golongan kaya dan terkenal, termasuk Elizabeth Taylor, Julie Andrews, Greta Garbo dan Princess Diana.

Faid perubatan Monroe mencetuskan minat dan persoalan kerana ia turut mengandungi salinan x-ray wajah bintang itu dan olahan perubatan yang terperinci mengenai pembedahan yang dilaluinya itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain