suria

Taufan Haiyan: Lebih 10,000 Dikhuatiri Terkorban di Filipina

Mayat seorang lelaki terdampar di Tacloban, Filipina pada Ahad. Taufan Haiyan yang terkuat di dunia telah memusnahkan hampir seluruh bandar Filipina dipercayai sudah meragut lebih 10,000 nyawa setakat ini

TACLOBAN (Filipina): Taufan terkuat di dunia yang memusnahkan seluruh bandar Filipina dipercayai sudah meragut lebih 10,000 nyawa, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad, sekali gus menjadikan ia bencana semula jadi paling dasyat yang pernah direkodkan negara itu.

Angka korban terbaru akibat Taufan Haiyan dikeluarkan ketika Amerika Syarikat berjanji menyalurkan bantuan tentera dalam usaha membantu mencari mangsa yang masih hilang dan beberapa kawasan yang terputus bekalan makanan sejak tiga hari lalu.

Ketua Polis Wilayah Leyte, Elmer Soria berkata lebih 10,000 dipercayai terkorban di wilayah paling teruk terjejas itu.

"Kami sudah mengadakan mesyuarat malam tadi dengan gabenor dan berdasarkan anggaran kerajaan, pada mulanya terdapat 10,000 mangsa terbunuh. Kira-kira 70 hingga 80 peratus rumah dan struktur bangunan di sepanjang jalan musnah akibat taufan," kata Soria.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain