suria

Militan Serang Kedutaan Myanmar Di Jakarta Didakwa

JAKARTA: Salah seorang militan yang disyaki melakukan serangan ke atas Kedutaan Myanmar di sini, dihadapkan ke mahkamah pada Rabu atas tuduhan melakukan keganasan.

Jika disabitkan kesalahan suspek boleh dijatuhi hukuman mati.

Pendakwa raya, Susilo memberitahu Mahkamah Daerah Jakarta Selatan bahawa suspek iaitu Separiano, 29, bersama kumpulannya menyediakan lima butir bom untuk menyerang Kedutaan Myanmar di sini.

Mereka bertindak demikian sebelum berlakunya protes di bangunan tersebut pada 3 Mei lalu.

Suspek ditahan beberapa jam sebelum tunjuk perasaan itu berlaku ketika sedang menunggang motosikal bersama seorang lagi suspek.

Susilo berkata, mereka menyerang kedutaan berkenaan kerana mahu membalas dendam terhadap negara itu yang melakukan penganiayaan terhadap umat Islam Rohingya.

Artikel Sebelum

Taufan Haiyan Landa Filipina

Artikel Berikut

Artikel Lain