suria

Presiden Tajikistan Dijangka Dipilih Semula Kekal Jawatan

DUSHANBE (Tajikistan): Tajikistan, pada Rabu mula mengundi dalam pilihan raya presiden di mana penyandang jawatan, Rakhmon Imomali dijangka sekali lagi akan memenangi penggal baharu selama tujuh tahun untuk memimpin negara Asia Tengah yang menghadapi ancaman keselamatan dari negara jiran Afghanistan.

Bekas ketua ladang negeri itu yang telah berkuasa sejak tahun 1992 bersaing dengan lima calon lain yang kurang dikenali.

Tetapi pengkritik berkata Rakhmon, 61, berdepan masalah ketegangan sosial di negeri Muslim di mana kira-kira setengah daripada lapan juta penduduk hidup dalam kemiskinan.

Lebih daripada 1 juta penduduk berkerja di luar negara dan menghantar pulang wang kepada keluarga mereka.

Ketika undian dibuka pada 6 pukul pagi (1 pagi waktu tempatan), pengundi menuju ke tempat mengundi di tengah-tengah bandar Dushanbe.

Anak-anak muda yang mengundi buat kali pertama dalam hidup mereka telah diberikan bunga.

"Presiden kami bagus, jadi kita mengundi untuk beliau," kata pesara Zikiriyo Sharipov.

Suri rumah, Nazira Karaboyeva berkata beliau telah memilih kestabilan di bawah Rakhmon dan "untuk segala-galanya kekal baik seperti sekarang".

"Saya mengundi kerana keluhuran beliau, kemakmuran dan kebebasan," katanya.

Artikel Lain