suria

Tiga Anggota Skuad Bom Thailand Terbunuh

BANGKOK: Tiga anggota skuad penghapusan bom Thailand terbunuh, ketika cuba menanggalkan fius bom yang ditanam berhampiran sebatang jalan di selatan negara tersebut.

Mereka bergegas ke tempat kejadian selepas diberitahu bahawa terdapat bom yang tertanam di bawah jalan di daerah Bacho, wilayah Narathiwat.

Seorang pegawai polis berkata, bom berkenaan tiba-tiba meletup dan membunuh mereka serta-merta.

"Kesemua mereka merupakan anggota yang berpengalaman dalam penghapusan bom dan sudah bekerja untuk jangka masa yang lama di sini,"’’ kata pegawai tersebut. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Maut Ribut Landa Eropah

Artikel Lain